10 Perkara Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang MyCorps

//10 Perkara Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang MyCorps

10 Perkara Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang MyCorps

Jika anda seorang yang selalu membaca surat khabar atau menonton berita di Astro Awani atau program Assalamualaikum di stesen televisyen Al-Hijrah, anda pasti pernah mendengar tentang sebuah fenomena baru anak muda Malaysia iaitu MyCorps. Bagi sesiapa yang belum pernah mendengarnya, usah gusar! Artikel ini akan membantu anda mengenali MyCorps, lantas membuatkan anda bersemangat berkobar-kobar untuk menjadi sebahagian daripada fenomena ini yang pasti akan menjadikan anda seorang anak muda segak bergaya 😎

 

Changing Lives

 

1. MyCorps adalah sebuah program kesukarelawanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk menghasilkan pemimpin sukarelawan bertaraf antarabangsa yang berdedikasi dalam bidang kemanusiaan.

2. Idea asal MyCorps diambil daripada program kesukarelawanan Amerika Syarikat iaitu Peace Corps yang telah dijalankan selama 60 tahun dan masih berterusan sehingga kini.

3. Program MyCorps tercetus pada tahun 2010 dalam sebuah makmal pembangunan belia.

4. Penyertaan MyCorps terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun tanpa mengira bangsa, agama, status dan jantina.

5. Misi MyCorps yang pertama bermula pada tahun 2011. Seramai 52 orang telah terpilih, tetapi cuma 45 orang berjaya menamatkan misi di Afghanistan, Pakistan, Uzbekistan, Lubnan, Laos, Timor Leste, Kemboja, Thailand, Indonesia, dan Sri Lanka. Tempoh keseluruhan program adalah kira-kira 3 bulan.

6. Setelah beberapa tahun menyepi, MyCorps muncul semula dengan misi pilot pada November 2015 di Kemboja. Di samping membantu golongan memerlukan di sana, misi ini juga merupakan sebuah percubaan untuk mewujudkan semula MyCorps dan menjadi pelopor kepada misi-misi seterusnya.

7. Natijahnya, pada tahun 2016 MyCorps meneruskan semangat kesukarelawanan dengan misi di Kemboja pada bulan April hingga Julai. Sukarelawan-sukarelawan misi Kemboja 1 ini telah bertungkus-lumus membina taman permainan kanak-kanak, “plant nursery”, tandas dan sistem takungan air ketika berpuasa di bawah terik mentari bulan Ramadhan. Mereka juga menyambut Aidilfitri di sana bersama warga Kemboja.

8.  Misi MyCorps yang kedua masih diteruskan di Kemboja dengan penambahan projek pendidikan seperti mewujudkan tadika sebagai pusat pendidikan awal untuk kanak-kanak di sana. Misi Kemboja 2 berlangsung dari bulan September sehingga Disember 2016.

Peserta-peserta MyCorps Kemboja 2

9. Pada bulan Oktober 2016, misi ke-3 di Timur Tengah diumumkan dan telah menerima permohonan paling banyak iaitu lebih 1000 orang. Misi ini dijalankan di 3 buah negara; Turki, Jordan, dan Lubnan, khusus untuk membantu pelarian Syria yang merupakan jiran bagi negara-negara ini.

Projek ‘play center’ yang dijalankan oleh pasukan GHIRASS dari MyCorps Timur Tengah

Majlis graduasi peserta MyCorps Timur Tengah bersama YB KJ

10. Program kesukarelawanan MyCorps akan diteruskan lagi pada tahun ini dan akan datang. Lebih banyak misi akan dijalankan di dalam dan luar negara bagi memastikan lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Salah satu projek susulan MyCorps di Malaysia

Sukarelawan MyCorps menghasilkan lukisan mural ini

Sentiasa semak perkembangan terbaru MyCorps di laman web, facebook, twitter, dan instagram MyCorps bagi mendapatkan informasi terkini tentang misi dan pengambilan baru. Siapa tahu, anda mungkin menjadi salah seorang ahli MyCorps yang seterusnya! 😉

By | 2017-03-29T21:15:42+00:00 March 27th, 2017|Article|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment