Jangan Join MyCorps South Asia!!!

/, Article/Jangan Join MyCorps South Asia!!!

Jangan Join MyCorps South Asia!!!

AMARAN

Seriously, bila Sekreteriat MyCorps umumkan mission terbaru, aku rasa panas hati, aku peserta MyCorps Misi 2 Kemboja. Ni aku rasa

1. Menyesal aku join mycorps, paling aku geram dgn tagline mycorps “changing lives”. Kami kat sana bina incinerator, hand wash station kat sekolah2, bukan setakat bina tapi kami ajaq jugak macammana. budak2 kat sana yg dulu makan cikedis pastu buang tepi jalan, kami bgtau depa buang elok2, nanti lalat tak mai, mata pun tak sakit. Kami bgtau kena basuh tangan masa nak makan, lepas p toilet, nanti tak dak la sakit perut ka apa, la ni depa dah pandai jaga kebersihan. MENYESAL! la ni tempat kami p duduk dulu tu, tgk dah hijau ngan pokok yang dulu dihiasi warna warni plastik cikedis dengan bauan yg errr…

2. Kami buat sekolah tadika kat depa. Kat kemboja tu bukan tak dak sekolah, ada. Tapi kami saja gatai buat lagi satu. Sebab kat sana, sekolah rendah byk lah, tp sekolah tadika tak dak sangat. Jadi, bila mak abah depa p membanting tulang, abang kakak depa p sekolah, depa tak tau nak buat apa, main katak, main longkang. Patutnya umuq camtu sel2 otak tgh berhubung. Time tu kalau depa belajaq kenai huruf, nombor, tak dan besaq boleh jadi Einstein pa. Bukan kami marah depa nak kenai alam, tapi kalau depa belajaq pagi, pastu depa main la apa pun ptg tu. Tu ja ikhtiaq kami.

3. Lepas mycorps, aku tak tau la, aku jd bangga macam mana tak tau. Tak elok ni perasaan bangga ni. DOSA. Masa kami mai dulu, kami tak reti nak komunikasi ngan depa. nak ckp melayu depa tak paham, nak ckp khmer (bahasa kemboja) kami tak reti. Tp tak kan 3 bulan tu tak mau ckp apa. So kami try gak buat kelas english petang2, la ni kami boleh jd friend kat FB kot ngan depa. BANGGA gile rasa.

4. Kalau aku tak p mission MyCorps dulu, aku tak ketinggalan drama jiwang2 kat tv pukul 7. La ni aku dah tak jiwang sbb aku tak tgk dah. Rugi siot. Kat sana tak dak TV. Bosan ya amat. Tp kami dihiburkan dengan keindahan alam. Malam2 tgk beribu bintang diangkasa. Bukan kat sini tak dak bintang, tp kat sana, pergh cntik woi. Kat sini nampak cahaya klcc, kabur bintang2 semua.

5. Makan. Hmm mmg la tak dak air tangan mak kat sana. Tp masa tu la baru kami teringat pengorbanan mak ngan abah kami nak kenyangkan perut kami. Kami kena masak sendiri makanan kami secara rewang. Time tu la muafakat membawa berkat. Tp syok gak la, dpt makan makanan jenis macam2. Mknn melayu, india, cina, makanan negeri perlis sampai borneo. Pergh lagi syok dr restaurant 5*

6. Kalau rasa nak cari kawan baru, tok sah la. MyCorps ni mmg tak buat kwn. Kami gelak sama2, pastu kami gaduh sat, pastu kami penat sama2. Macam tu la our love irradiated. Ecewah. La ni, kami family besaq. Sapa ada family sebesaq kami, habaq mai.

Byk lg ni nak list. Tapi satgi sampai esok tak abis. aku dah bg AMARAN ni kat semua. Jgn gatai nak join MyCorps nnt hampa jadi mcm aku. Tak boleh MOVe on kot. Lives changing betoi.

Tp kalau gatai jugak. P la mohon kat
www.mycorps.my/mycorps-south-asia/

Bukak sampai 31 May 2017 ja tau. (Application extended to 7 June 2017)

Ni boleh tengok video klip kami dari
MyCorps Mission 2

By | 2017-06-04T12:30:58+00:00 May 28th, 2017|Announcement, Article|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment