Rafik & Katarak

//Rafik & Katarak

Rafik & Katarak

Rafik merupakan salah seorang pelajar dari Rohingya Education Centre Klang dari kelas Gred 4. Beliau merupakan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sukan. Beliau juga merupakan wakil sekolah dalam sukan futsal.
Namun di balik fizikal Rafik yang kelihatan sihat, rawatan lanjut di hospital menyatakan terdapat selaput/katarak di sebelah kiri matanya.
Sebelum ini Rafik memang selalu mengadu pandangannya kabur semasa di dalam kelas dan penyelesaian yang difikirkan hanyalah dengan memakai cermin mata.
Doktor mengesahkan hanya dengan menjalani pembedahan selaput/katarak ini boleh dibuang. Memakai cermin mata bukan alternatif yang terbaik.
Kos-kos pembedahan dan penukaran kepada kanta mata memakan belanja yang agak besar bagi keluarga Rafik memandangkan ayahnya menampung perbelanjaan keluarga dengan bekerja sebagai nelayan dan kini berada di Terengganu.
Sumbangan anda sangat membantu Rafik dalam meneruskan pembelajaran beliau seterusnya sangat menyokong supaya beliau boleh terus bermain futsal mewakili sekolah pada masa akan datang.

Tarikh pembedahan ialah pada 11/9/2017. Anggaran kasar yang diberitahu oleh doktor adalah sekitar RM1500.00 termasuk kos warded, penggantian kanta mata dan pembedahan.

By | 2017-09-09T15:40:45+00:00 August 24th, 2017|Uncategorized|0 Comments

About the Author: