3D Printed Protective Face Shield
Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Bagi membantu pasukan hadapan, frontliners Hospital dan Klinik dalam menangani Wabak COVID 19 , kami menjemput pasukan FKM yang memiliki beberapa unit 3D Printers untuk bekerjasama dan membantu menghasilkan DIY Protective Face Shield kerana pihak Hospital & Klinik amat-amat memerlukan dan kekurangan alat ini. Ini kerana:

🔹 Peralatan ini akan dibuang dan perlu diganti yang baru selepas setiap proses saringan pesakit-pesakit

🔹 Pasukan hadapan tidak boleh menyentuh pesakit-pesakit

Setakat ini, ada beberapa pensyarah FKM dengan kerjasama AA 3D SHOP yang sudi untuk bantu menghasilkan alat di atas.

Memandangkan 3D printer memerlukan bahan pakai habis, terutamanya filamen, pihak kami juga memohon sumbangan dari kalangan staf-staf dan orang luar bagi menjayakan misi ini.

Segala sumbangan untuk tujuan projek ini boleh disalurkan ke :
🏧 No Akaun : 8604000969 – AA 3 D SHOP (CIMB)
📕 Rujukan : CSR_FKM_COVID19_3D faceshield
(slip transaksi bolehlah diberikan kepada PM Dr Muhammad Hussain Ismail melalui whatsapp/email; 014-646 8945/ hussain305@uitm.edu.my)

Faceshield mempunyai 3 komponen penting iaitu
🔸 3d printed casing
🔸 Pelindung muka (face shield)
🔸 Getah pengikat

Faceshield yang telah siap akan dikumpulkan di Innovationlab FKM, Aras 5 bagi tujuan serahan kepada Hospital dan Klinik yang amat-amat memerlukan.


Spread the love