Our Goal

RM1,438 of RM80,000 raised

My Donations

Please verify your email to access your donation history.

Bantu Aaliya Aleesa

Anak kedua saya, Aaliya Aleesa berusia 1 tahun dijangkiti kuman pada paru-paru, otak kiri dan kanan di mana otak kiri mempunyai nanah dan dia kini menghidap penyakit E-Coli Septicaemia Meningitis (keradangan selaput otak) dan telah pun menjalani pembedahan kepala kiri dan kanan.

Dia disahkan hilang upaya bertutur dan juga menghidap masalah pendengaran yang amat kriktikal (jenis sensorineural) pada kedua belah telinga (kanan 99dB dan kiri 99dB) dan memerlukan rawatan segera.

Doktor pakar mengesahkan pembedahan telinga (tanam implan) diperlukan yang akan memakan kos RM80,000.00 dan alat bantu pendengaran yang berharga RM7,000.00. Terdapat jugak kos-kos lain selepas pembedahan yang dianggarkan ribuan ringgit setiap bulan untuk pemantauan rapi setiap minggu dan sepanjang hayat.

Saya sekeluarga merupakan golongan kurang berkemampuan. Kami berkahwin pada tahun 2012 dan kini dikurniakan 2 orang anak yang masih kecil yang mana anak pertama berusia 6 tahun. Dulu saya berniaga secara kecil-kecilan. Namun, setelah anak kedua sakit, saya terpaksa berhenti kerja memberi tumpuan sepenuhnya kepada penjagaan anak dan berulang-alik ke hospital kerana temujanji yang tidak menentu.

Isteri pula bekerja di sebuah pasaraya sebagai juruwang dengan pendapatan yang tidak seberapa yang terpaksa terus bekerja demi kelangsungan hidup dan keperluan kewangan yang mendesak untuk menampung kos menyewa tempat tinggal dan juga pengangkutan ke hospital.

Di sini kami mengharapkan secubit rasa kasih dan sayang dari anda yang sudi untuk membantu sedikit dari rezeki anda supaya harapan kami untuk melihat Aaliya Aleesa pulih sempurna dan membantu menampung sebahagian kos rawatan, perubatan dan keperluan harian tercapai. Terima kasih.

Dokumen sokongan: AaliyaAleesaBintiSufian.pdf

Pertanyaan: Sufian Amin +60138884870 (bapa).

Nota Humanity Heroes: 100% dana sumbangan akan disalurkan kepada keluarga Aaliya Aleesa.

Senarai sumbangan: Bantu Aaliya Aleesa

Donation form

RM
Select Payment Method
Plus an additional to help cover payment gateway fee.

Note:
• Our payment methods are secure & we will not store your card details.
• Credit, debit & charge cards processing are via Paypal (without account).
• Only Malaysian online banking is supported at the moment.

Personal Info

Donation Total: RM100

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.