Our Goal

RM7,757 of RM6,500 raised

Surau Kg Harumanis

This campaign is now closed. Thank you for your donations!

Infak Untuk Tabung Wakaf Surau Kampung Harumanis, Kota Kinabalu, Sabah.

Surau Usang di Kampung Harumanis, Kota Kinabalu ini sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai untuk proses penambahbaikan sebelum menjelangnya bulan Ramadan. Bantuan segera amatlah diperlukan bagi melancarkan lagi proses pembinaan.

Projek Tabung Wakaf Surau yang diusahakan secara bersama antara pengurusan Sekolah Alternatif Harumanis, Komuniti Kampung, Kelab Belia Tinagayan dan Humanity Heroes adalah inisiatif dalam menghidupkan kampung ini dengan majlis-majlis agama dan mendekatkan mereka dengan surau. Tambahan, bulan Ramadan semakin menghampiri dan ini adalah masa yang sesuai untuk menambah baik surau yang daif dan tidak mempunyai elektrik serta bekalan air bersih.

Justeru, kami mengajak orang ramai untuk menginfakkan sedikit sumbangan untuk kegunaan penambahbaikan surau bagi tujuan:

✔ Membina Dinding Konkrit
✔ Menambahbaik Lantai
✔ Kegunaan Lain (Pembelian peralatan Surau)

Semoga usaha ini mendapat perhatian ramai tambahan pula bulan mulia Ramadan semakin menghampiri, kami sangat berharap agar surau ini dapat disiapkan secepatnya. Kami memerlukan dana permulaan bagi projek ini adalah sebanyak RM6500. Insyaa Allah.

Sebarkan Cinta Dan Kebaikan.

View Surau Kg Harumanis donation wall here.