Spread the love

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Puan,

MEMOHON PENCALONAN BELIA BAGI PROGRAM ASEAN KOREA POLITICAL SECURITY FORUM 2021

Dengan hormatnya saya mohon menarik perhatian puan kepada perkara tersebut di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan program ASEAN-Korea Political Security Forum akan berlangsung pada 9 hingga 15 November 2021 di Busan, Korea Selatan di taja oleh ASEAN – ROK Cooperation Fund. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan pemimpin muda ASEAN yang mampu berdaya saing di peringkat global dan mengukuhkan jaringan hubungan kerjasama antara belia negara ASEAN. Oleh kerana situasi pendemik Covid-19 yang melanda seluruh negara program kali ini akan dilaksanakan secara atas talian.
  2. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon puan untuk mencalonkan empat orang belia untuk menyertai program ini berdasarkan kriteria pencalonan seperti berikut;
    i. Warganegara Malaysia.
    ii. Alumni Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dan Mycorps.
    iii. Berumur 18 hingga 30 tahun.
    iv. Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Inggeris.
    v. Sihat tubuh badan
    vi. Mengambil kira kepelbagaian kaum
    vii. Mempunyai komitmen yang tinggi untuk menyertai program ini
  3. Bersama ini disertakan maklumat program tersebut untuk makluman puan. Nama Calon dan Resume hendaklah dihantar kepada Encik Nik Muhammad Asraff Bin Nik Mod Kamal melalui emel nikasraff@kbs.gov.my pada 17 Ogos 2021 (Selasa) sebelum jam 11.00 pagi. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pegawai Bahagian ini Encik Nik Muhammad Asraff bin Nik Mod Kamal di talian 03-8871 3317 dan Puan Nik Noorazlin binti Nik Mohd Nor di talian 03-8871 3282 sedia membantu pihak puan. Perhatian dan kerjasama puan berhubung perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.

    ahnik

(NIK MUHAMMAD ASRAFF BIN NIK MOD KAMAL)
Penolong Pengarah
Unit Hal Ehwal Antarabangsa,
Bahagian Pembangunan Belia,
Jabatan Belia dan Sukan Negara
No Tel : 0388713317
No Faxs : 0388888761
No H/P : 017-9071819
Emel : nikasraff.kbs@1govuc.gov.my


Spread the love