Mileage for Charity
Spread the love

Berkayuh, berlari sambil beramal.

Kemas kini maklumat Projek Kebajikan Mileage for Charity.

Assalamualaikum.
Selamat sejahtera.

https://www.facebook.com/650045155/posts/10164654268310156/

Merujuk kepada posting asal seperti dalam pautan di atas, FjCC ingin memberi sedikit kemas kini berkenaan dengan Projek Kebajikan Mileage for Charity.

FjCC telah bersetuju untuk berkerjasama dan menyalurkan jumlah sumbangan yang terkumpul kelak ke NGO Humanity Heroes Foundation, sebuah NGO kebajikan berdaftar.

Humanity Heroes antara lain menjalankan beberapa projek kebajikan seperti 1) bantuan pendidikan buat anak-anak pelarian 2) bantuan bekalan makanan kepada mereka yang terkesan dengan Covid-19 3) bantuan keusahawanan dan kehidupan buat mereka yang terkesan.

Untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan Humanity Heroes Foundation, boleh layari pautan di bawah.

1. https://humanityheroes.org/
2. https://www.facebook.com/humanityheroes/

Jika anda berminat untuk menyertai Mileage for Charity sila hubungi wakil FjCC Firdaus Mohamad di talian 017 687 0337 (via WhatsApp) dengan sertakan sekali butiran seperti di bawah:

Nama penuh:
Contact number:
Jenis sukan : Kayuhan, Larian atau combo Kayuhan+Larian
Ikrar per KM : contoh RM1/km utk kayuhan dan RM2/km utk larian.

Terima kasih atas sokongan dan penyertaan anda.
Selamat berkayuh. Selamat berlari. Selamat beramal!

Bagi pihak FjCC,
Firdaus Mohamad

Ps: Peserta disaran dan dinasihatkan untuk mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan ketika melakukan aktiviti berbasikal dan berlari.

#FjCC #MileageforChairty #Mfc #berlariberkayuhberamal #kitajagakita


Spread the love