Spread the love

Fasa pertama penyerahan bantuan bagi mereka yang terkesan akibat bencana di Kedah minggu lepas, telah disampaikan melalui rakan kerjasama Team Amal Mabrur di lapangan. Alhamdulillah.

Bantuan yang difokuskan berupa alatan pembersihan, air bersih dan makanan sedia dimakan.

Bagi fasa berikutnya, kami berbesar hati dengan keterlibatan beberapa buah NGO lain yang turut sama ingin meringankan beban mangsa bencana di Kedah.

Malaysia Outreach Volunteer experience (@bekindmove ), @outboxmalaysia , @thebulbonproject_my , @prismasociety dan Pengakap Kelana daripada Negeri Sembilan adalah rakan sinergi yang akan turut sama memberi sumbangan untuk fasa berikutnya.

Biarpun keadaan semasa menghadkan pergerakan dalam membantu mereka-mereka di utara tanah air sana, kami tetap sedia membantu sedaya mampu untuk meringankan mereka yang dilanda bencana.

Terus ikuti update seterusnya daripada kami untuk Misi Bantuan Bencana Jerai ini dalam post berikutnya nanti ya!


8forAid #BencanaJerai


Spread the love