Spread the love

NEGARA MEMERLUKAN KHIDMAT ANDA! DAFTAR SEKARANG DAN SERTAI KAMI SEBAGAI SUKARELAWAN UNTUK MEMERANGI COVID-19!

Di sebalik penularan wabak COVID-19 di Lembah Klang yang semakin membimbangkan, kita dapat melihat sokongan berterusan daripada komuniti yang prihatin dalam membantu mereka yang terkesan akibat pandemik ini.

Kami juga sedang mencari individu yang ingin menjadi sukarelawan. Skop tugasan termasuklah:

> Melakukan proses pengesahan kes positif (melalui telefon)
> Menjalankan aktiviti pengesanan kontak (melalui telefon)
> Menguruskan data dan kemaskini data (Excel/Word)
> Membantu tugas-tugas pentadbiran
> Membantu petugas kesihatan di fasiliti kesihatan (memantau dan memberikan bantuan bukan teknikal kepada pesakit di wad)
> Membantu dalam pengurusan jenazah pesakit COVID-19 di Jabatan Forensik

Jika anda bersedia untuk memberikan masa dan tenaga bagi membantu dan memberi sokongan kepada mereka, jom sertai kami kerana Malaysia memerlukan anda dengan mengisi borang melalui link di bawah

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdYftNuPjiu84Se_Cu1AICN9GH52XdJIGSpNE799GZEzhU1Vg/viewform?fbzx=-9146966099656039476


Spread the love