Pusat Dialisis Yayasan PHIM
Spread the love

KEBERGANTUNGAN YPHIM bagi MENERUSKAN PERKHIDMATAN ini adalah dari sumbangan ikhlas anda.

Bismillahirrahmanirrahim

Untuk makluman pembaca semua. Pusat Dialisis Yayasan PHIM @ Yayasan Pusat Hemodialisis Islam Makmur menerima 3 Kategori Pesakit (pembiayaan @ caj rawatan):

(A) Berpembiaya Penuh (RM200)
Dibiayai sepenuhnya oleh majikan pesakit/waris (Kerajaan Negeri, JPA @ agensi kerajaan)

(B) Pembiayaan PERKESO
Dibiayai mengikut kadar diluluskan oleh pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

(C) Tiada Pembiaya
Pesakit membayar sendiri caj rawatan dikenakan oleh YPHIM atas persetujuan bersama.
Pada ketika ini, pesakit membayar antara RM5 ke RM100 bagi setiap kali rawatan berdasarkan kemampuan kewangan pesakit dan keluarga mereka.

Secara umum, pihak swasta mengenakan caj RM200 bagi 1x rawatan dialisis (tidak termasuk kos ubat-ubatan dan urusan klinikal yang lain). Pesakit perlu menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu (13 kali sebulan).

Jadi YPHIM perlu mencari dana tambahan bagi menampung kos rawatan para pesakit tiada pembiaya di samping menokok kekurangan pembiayaan oleh pihak Perkeso.

Lebih 75% pesakit di pusat dialisis ini ialah datangnya dari kategori (A) & (B).

Bantuan anda amat kami perlukan. Bantu kami untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sumbangan Anda Adalah Cahaya Hidup Mereka.

100% dari sumbangan anda akan disalurkan terus kepada Yayasan PHIM.
Sumbanglah secara online: http://phim.humanityheroes.org/

Cara sumbangan : Credit, debit, charge cards, Paypal, online banking, pindahan bank secara manual, e-wallets utama.

Maybank: Humanity Heroes Network
Account: 5644 9041 9508
Reference code: PHIM
Email: finance@humanityheroes.org


Spread the love