Spread the love

Salam Sejahtera,
Kepada semua petugas barisan hadapan KKM dan individu dalam pemantauan Covid-19 di seluruh Malaysia.

Dalam situasi sekarang, sesungguhnya YBMK telah berpesan agar kita semua menjaga kesihatan diri dalam kesibukan mengendalikan tugasan. Keadaan ini pastinya ada individu yang terkesan dari segi psikologi sehingga mengabaikan keperluan fisiologi yang boleh menyebabkan keletihan melampau ditambah dengan pelbagai perkara yang merunsingkan sehingga mencetus simptom stress, anxiety, dan berasa murung.

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk berkongsi perasaan, anda boleh mendapatkan perkhidmatan sokongan psikososial dengan menghubungi talian berikut:

011 6399 6482 atau
011 6399 4236 atau
0329359935

Waktu perkhidmatan:
8 pagi – 5 petang (7hari seminggu)

Terima kasih.

Daripada,
Pasukan MHPSS KKM & Mercy Malaysia

#letstalkmindasihat


Spread the love